YES -Rangkaian Internet 4G Terpantas Dengan Suara

YES -Rangkaian Internet 4G Terpantas Dengan Suara

Diterbitkan pada November 4, 2010 oleh .

Jikalau sebelum ini dikenali sebagai YTL Comms, kini mereka menjenamakan servis mereka dengan nama YES, sekaligus seperti sebelumnya, kini dalam persiapan akhir untuk melancarkan perkhidmatan mereka kepada umum, pada 19 November ini, iaitu kurang 16 hari lagi dari pada hari ini.

YES kelak menjanjikan rangkaian internet 4G mudah-alih terpantas yang mana turut didatangkan dengan sokongan suara, dimana anda boleh mengalami penggunaan internet mudah-alih bersama-sama dengan suara pada kualiti yang amat bagus sekali. YES menjanjikan pengalaman internet yang menarik dengan dimana mereka mempunyai hampir 2500 stesen pemancar diseluruh semenanjung. YES juga kelak akan didatangkan bersama-sama dengan nombor telefon tersendiri dengan awalan 018, yang mana anda sudah boleh mendaftarkannya mulai hari ini.

Selain daripada itu, YES kelak akan memperkenalkan kaedah baru untuk pembayaran, dimana anda hanya perlu membayar untuk apa yang anda gunakan sahaja, dan tidak perlu terikat dengan bayaran bulanan dan sebagainya sekiranya anda tidak menggunakan servis tersebut. Buat masa ini, pelan dan bentuk caj yang akan dikenakan masih lagi belum diperlihatkan, dan ianya akan diperlihatkan kepada para pengguna pada 19 November kelak.

Ketika pada acara khas yang diadakan, Yes memperlihatkan kepantasan internet sehingga 11Mb selain memperlihatkan muat-turun fail bersaiz 20MB pada masa amat kurang daripada 1 minit. Pada masa yang sama juga, Yes melancarkan Yes ID, iaitu salah satu akaun khas daripada Yes yang membawakan perkhidmatan instant messaging seperti YM dan MSN, selain mengintegrasikannya bersama kepada telefon 4G daripada mereka kelak, serta anda boleh menerima panggilan, dan menghantar SMS melaluinya dengan mudah, terus daripada desktop dan pelbagai perantian yang boleh mengakses internet.


TIPS & ULASAN