Cari @ Amanz

Bersama-sama dengan penjenamaan semula, Yes juga turut sama memperkenalkan beberapa perantian baru yang mana akan dilancarkan bersama-sama dengan servis mereka pada 19 November kelak. Sebanyak 4 perantian telah diperlihatkan, dan ianya dijangka mereka juga akan memperkenalkan pakej bersama-sama dengan laptop ataupun netbook pada pelancarannya kelak.

Seperti pesaing mereka, mereka juga turut sama memperkenalkan modem untuk pengguna rumah, dengan nama Yes Zoom, yang membolehkan anda menyambungkannya melalui wayar LAN ataupun menghidupkan fungsi WiFi padanya. Pada masa yang sama, anda juga boleh menyambungkan telefon padanya dan menerima panggilan melalui nombor 018 yang telah didaftarkan pada akaun Yes ID.


Perantian Yes Zoom

Selain daripada itu, untuk pengguna yang gemar bergerak, dua perantian khas diperkenalkan, iaitu Yes Go, dan juga Yes Huddle. Bagi Yes Go, ianya berfungsi sama seperti modem mudah-alih daripada syarikat telekomunkasi sedia ada, dimana anda hanya perlu memasangkannya pada panel USB, dan anda sudah boleh melayari internet. Sebaliknya, Yes Huddle pula berfungsi sebagai wireless hotspot, dimana anda boleh kongsikan rangkaian Yes anda bersama-sama dengan rakan anda yang lain dengan mudah melaluinya.


Perantian Yes Go


Perantian Yes Huddle

Menariknya mengenai Yes, adalah memandangkan mereka memperkenalkan servis internet bersama-sama dengan suara, mereka juga memperkenalkan telefon pintar mereka tersendiri, dengan nama Yes Buzz, yang mana serba sedikit menyerupai Samsung Gravity. Melalui Yes Buzz, anda boleh melayari internet dimana sahaja anda berada, selain pada masa yang sama menerima panggilan suara dengan mudah dan tanpa sebarang masalah.


Telefon Pintar – Yes Buzz

Berkemungkinan besar, Yes juga mungkin akan dilancarkan bersama-sama dengan perantian lain seperti notebook, netbook, (dan tablet mungkin?) pada hari pelancarannya kelak. Harga bagi perantian ini masih lagi tidak diketahui. Selain daripada ini, Yes juga mempunyai beberapa perantian yang dalam proses pembangunan, dan salah satunya adalah telefon pintar berasaskan Android, yang mungkin akan diperkenalkan kepada para pengguna pada penghujung tahun hadapan.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd