Yes Memudahkan Komunikasi Dengan YesID

Yes Memudahkan Komunikasi Dengan YesID

Diterbitkan pada November 4, 2010 oleh .

Bersama-sama dengan pengenalan perkhidmatan internet Yes, mereka juga turut sama memperkenalkan YesID, salah satu revolusi baru dalam dunia telefon bimbit, dimana ianya tidak lagi memerlukan anda menggunakan SIM mahupun mikroSIM, sebaliknya segalanya dihubungkan menggunakan YesID.

Melalui YesID, ianya membolehkan anda mengintegrasikan akaun anda pada pelbagai perantian, sekaligus menjadikan anda tidak lagi perlu bergantung kepada sesuatu perantian, dan memerlukan anda melanggan perkhidmatan tambahan untuk perantian yang lain. Melalui YesID, anda boleh log masuk ke beberapa servis, selain membolehkan anda menghantar SMS dan membuat panggilan secara terus daripada desktop, mahupun melalui telefon anda dengan mudah.

Selain daripada itu, Yes juga akan memperkenalkan servis IM mereka tersendiri, yang mana boleh digunakan pada platform Windows dan Mac. Melaluinya, anda boleh bersembang dengan rakan anda dengan mudah, selain membuat panggilan suara dan video dengan mudah. Menariknya melaluinya juga anda boleh menghantar SMS dan juga membuat panggilan ke telefon lain dengan mudah.

Perkhidmatan sembang ini juga dijangka akan diperkembangkan kelak, dimana akan mengintegrasikan beberapa perkhidmatan IM popular seperti YM, GTalk dan juga MSN padanya, sekaligus memudahkan anda berhubung dengan rakan-rakan anda yang lain dengan mudah. Yes ID ini sudah pun boleh didaftarkan sekarang bersama-sama dengan nombor telefon pilihan anda dengan awalan 018.


TIPS & ULASAN