Cari @ Amanz

Dengan dunia yang kini mula mengutamakan perantian mudah-alih, dan para pengguna yang sering mengikuti perkembangan rakan mereka dengan mudah melalui perantian mudah-alih mereka, kini Facebook melalui acara khas seperti yang dikatakan sebelum ini memperkenalkan aplikasi mudah-alih mereka yang mana kini lebih sosial dan menarik.

Perkara ini menarik minat Facebook, adalah memandangkan yang mana kini lebih 200 juta pengguna menggunakan Facebook secara aktif melalui telefon mudah-alih mereka, iaitu tiga kali ganda lebih ramai daripada setahun yang lalu. Untuk menjaga para penggunanya, kini mereka memperkenalkan pelbagai kemaskini untuk aplikasi Android dan iPhone mereka. (Aplikasi Facebook untuk Blackberry yang kini dalam versi Beta turut membawakan pelbagai perkara baru.)

Untuk pengguna Android, Facebook untuk Android 1.4 membawakan sokongan Facebook Places dan juga Facebook Groups. Melaluinya, kini anda boleh memperlihatkan lokasi anda dengan mudah kepada rakan-rakan anda, selain pada masa yang sama mengikuti perkembangan Facebook Groups anda dengan lebih pantas lagi. Selain daripada itu, fungsi notifikasi aplikasi Facebook juga kini diberi perhatian, dimana ianya akan memperlihatkannya dalam aplikasi tersebut dan bukannya pada pelayar web seperti sebelumnya.

Selain daripada itu, untuk pengguna Facebook pada iPhone yang sudah menggunakan Facebook Places sebelum ini, melalui versi 3.3 untuk aplikasi Facebook, ianya membawakan sokongan Facebook Groups, dan juga kebolehan untuk memuat-naik gambar dengan lebih pantas lagi. Selain daripada kedua-dua perkara ini, kini aplikasi Facebook turut membawakan sokongan Single Sign On, dimana dengan hanya log masuk pada aplikasi Facebook pada telefon iPhone atau Android anda, anda juga pada masa yang sama boleh menggunakan aplikasi lain yang menyokong Single Sign On dengan mudah tanpa perlu log masuk sekali lagi.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd