Google Instant Mula Di Uji Pada Perantian Mudah-Alih

Google Instant Mula Di Uji Pada Perantian Mudah-Alih

Diterbitkan pada November 5, 2010 oleh .

Jikalau sebelum ini Google memperkenalkan fungsi Google Instant kepada para pengguna desktop sahaja, kini menariknya, seperti yang dinantikan, mereka telah memperkembangkan fungsi tersebut, dimana pada pengguna perantian mudah-alih, iaitu untuk pengguna iPhone dan juga Android di US.

Buat masa ini, ianya masih lagi pada peringkat beta. Untuk mula menggunakannya, para pengguna boleh mengaktifkan fungsi tersebut yang mana boleh dilihat melalui suatu pautan khas dibawah kotak carian, sekaligus menikmati fungsi Google Instant bermula daripada anda mula taip perkataan pertama.

Walaubagaimanapun, amat mendukactikan kerana ianya hanya dibuka untuk para pengguna di US sahaja buat masa ini. Mungkin mereka akan memperluaskan fungsi tersebut ke negara lain dari masa ke semasa.


TIPS & ULASAN