Chrome 9.0 Boleh Di Uji Melalui Saluran Pembangun

Chrome 9.0 Boleh Di Uji Melalui Saluran Pembangun

Diterbitkan pada November 5, 2010 oleh .

Dengan capainya pembangunan Chromium kepada versi 9.0, kini saluran pembangun Google Chrome turut dikemaskini kepada versi terkini, iaitu Chrome 9.0.570.0 yang mana boleh didapati untuk para pengguna Windows, Linux, dan Mac OSX yang mana melanggan kepada saluran pembangun Chrome.

Menariknya mengenai Chrome 9 adalah dimana ianya dilepaskan dengan lebih pantas lagi daripada pembangunan sepenuhnya, yang mana sebelumnya ianya mengambil 6 minggu untuk pembangunan sesuatu versi itu. Melalui Chrome 9-dev yang terkini ini, ianya membawakan beberapa penyelesaian kepda masalah pelayar web yang berhenti berfungsi secara tiba-tiba, selain membawakan peningkatan pada enjin JavaScript V8.

Para pengguna yang melanggan kepada saluran pembangun Chrome mungkin telah dikemaskini pelayar web mereka secara automatik. Versi stabil terakhir yang dilepaskan Google adalah Chrome 7.0 pada 19 Oktober yang lepas, selain mana Chrome 8 kini dalam peringkat beta, dan mungkin akan dilepaskan dalam beberapa minggu lagi.


TIPS & ULASAN