U-Mobile Mulakan Pendaftaran Untuk Modem 42Mbps

U-Mobile Mulakan Pendaftaran Untuk Modem 42Mbps

Diterbitkan pada November 5, 2010 oleh .

Mengikuti perkembangan daripada pengenalan jalur-lebar mudah-alih dengan berkelajuan sehingga 42Mbps oleh U-Mobile tempoh hari, mungkin ramai yang tertanya mengenai modem yang akan menyokongnya memandangkan hari ini, kebanyakkannya hanya menyokong sehingga 7.2Mbps. Untuk mengatasinya, kini U-Mobile sudah mulakan pendaftaran minat untuk modem 42Mbps yang serba baru.

Seperti sedia maklum, sokongan rangkaian 42Mbps HSPA+ daripada U-Mobile ini sudah sedia di Berjaya Times Square, dan buat masa ini sedang diperluaskan ke Subang Jaya dan juga Sunway. Ianya masih lagi belum diperkenalkan kepada umum, dan ianya dijangka akan diperkenalkan kepada umum menjelang tahun hadapan kelak.

Walaubagaimanapun, dengan rangkaian 42Mbps HSPA+ ini, U-Mobile hanya menjanjikan kadar muat-turun antara 3 hingga 10Mbps, dan kadar muat-naik antara 0.5 hingga 1.5Mbps sahaja. Struktur harga dan pakej untuknya dijangka akan diumumkan dalam masa terdekat ini, dan untuk menggunakannya anda memerlukan modem khas yang menyokong 42Mbps HSPA+. Dan sekiranya anda menggunakan modem tersebut di kawasan yang tiada sokongan 4.2Mbps HSPA+, anda akan dapat menikmati kelajuan maksimum sehingga 3.6Mbps.

Bagi yang berminat dengan rangkaian 42Mbps HSPA+ daripada U-Mobile ini, anda boleh mulakan pendaftaran minat untuk mendapatkan modem khas untuknya daripada U-Mobile mulai sekarang.


TIPS & ULASAN