GMail Menguji Rakaman Panggilan Suara

GMail Menguji Rakaman Panggilan Suara

Diterbitkan pada November 6, 2010 oleh .

Google sering memperkenalkan fungsi baru untuk aplikasi emel berasaskan web mereka, iaitu GMail. Terkini, ianya dilihat yang mana Google menguji salah satu fungsi baru, iaitu fungsi merakamkan panggilan didalam GMail. Walaubagaimanapun, ianya masih lagi dalam fasa eksperimen, dan belum boleh dilihat oleh ramai pengguna lagi buat masa ini.

Secara asasnya, fungsi rakaman panggilan ini pada GMail dikatakan menyerupai fungsi yang serupa pada Google Voice, dimana anda perlu menekannya ketika memulakan panggilan untuk mulakan rakaman, dan menghentikannya apabila anda inginkan rakaman dihentikan. Rakaman itu seterusnya akan disimpan pada akaun Google Voice anda. Walaubagaimanapun, memandangkan Google Voice masih tidak diperkenalkan kepada seluruh dunia, melainkan pada pengguna US sahaja, ianya masih tidak diketahui samaada fungsi ini akan diperkenalkan kepada seluruh dunia ataupun tidak.


Rakaman Panggilan Suara Di GMail


TIPS & ULASAN