GantiBaju.com dan LewatMana.com Memenangi SparxUp

GantiBaju.com dan LewatMana.com Memenangi SparxUp

Diterbitkan pada November 7, 2010 oleh .

Di Malaysia, anugerah untuk startup web masih lagi kurang (atau tiada?) namun tidak di negara jiran kita, Indonesia, dimana malam tadi telah menyaksikan berlangsungnya acara SparxUp buat julung kalinya. Untuk tahun ini, anugerah SparxUp 2010 dilihat dimenangi masing-masing oleh GantiBaju.com dan juga LewatMana.com.


GantiBaju.com Memenangi Anugerah SparxUp [via]

Untuk anugerah “The Best Rising Star 2010” ianya telah dimenangi oleh GantiBaju.com, iaitu salah satu startup yang mengabungkan idea baju dan dunia internet, disertakan dengan pertandingan rekabentuk. Jika anda seorang pereka-bentuk, anda boleh menghantarkan rekabentuk yang anda suka, dan seterusnya ianya mungkin akan dicetak dan dijual. GantiBaju.com lebih kurang menyerupai idea Threadless, tetapi ditujukan untuk pasaran tempatan Indonesia.

Untuk anugerah “The Most Promising Startup 2010” pula, ianya dimenangi oleh LewatMana.com, dimana melalui laman tersebut, mereka menyediakan informasi masa-nyata berkaitan dengan keadaan trafik terutamanya di bandar-bandar besar di Indonesia, sekaligus memudahkan para pengguna untuk membuat jadual perjalanan mereka.

SparxUp merupakan julung-julung kalinya diadakan di Indonesia, dan ianya dijangka akan dijadikan acara tahunan, sekaligus menjadi salah satu platform dalam memperkembangkan startup di indonesia. Acara tersebut juga disokong oleh banyak pihak, termasuk Yahoo!, TechCrunch, Google, Microsoft dan ramai lagi.


TIPS & ULASAN