Android 2.3 Gingerbread Pada 11 November?

Android 2.3 Gingerbread Pada 11 November?

Diterbitkan pada November 7, 2010 oleh .

SDK untuk generasi baru untuk sistem operasi perantian mudah alih daripada Google, iaitu Android 2.3 Gingerbread kini diperkatakan yang mana akan dilepaskan secara rasminya pada 11 November ini. Ura-ura ini juga turut kelihatan benar memandangkan yang mana Samsung diperkatakan akan memperkenalkan Nexus Two pada 8 November kelak.

Android 3.0
Android 2.3 Gingerbread Akan Datang? [via]

Selain daripada itu, petanda yang lain adalah dimana patung gergasi Gingerbread juga turut sama telah mula kelihatan di kampus Google, sekaligus memperlihatkan yang mana Gingerbread akan dilepaskan tidak lama lagi. Walaubagaimanapun, tarikh 11 November yang diperkatakan adalah tarikh bila mana Android 2.3 SDK akan dilepaskan dan bukannya Gingerbread untuk para pengguna umum.

Walaubagaimanapun, menariknya adalah dimana pelbagai fungsi baru yang akan diperkenalkan pada Android 2.3 Gingerbread akan mula diketahui dengan pelepasan SDK Android terbabit. Sama-sama kita nantikan perkembangannya seminggu daripada sekarang.


TIPS & ULASAN