Membuka Laman Web Lebih Pantas Dengan Chrome

Membuka Laman Web Lebih Pantas Dengan Chrome

Diterbitkan pada November 7, 2010 oleh .

Google amat sinonim dengan perkataan pantas, laju dan juga ringan. Menariknya, kini mereka mula menumpukan kepada pelayaran web yang lebih pantas, dimana jika sebelumnya mereka memperkenalkan fungsi Instant pada Chrome, kini melalui fungsi baru, iaitu “Web Page Prerendering” mereka akan membolehkan web dilayari dengan lebih pantas lagi.

Fungsi “Web Page Prerendering” adalah salah satu fungsi baru yang mula kelihatan pada Chromium 9 (akan datang pada Chrome 9), dimana ianya diperkatakan yang mana melalui fungsi ini, ianya membuka halaman web dalam latar belakang secara spekulasi dalam membawakan pengalaman pelayaran web yang lebih pantas.

Perkara lain berkaitan dengannya masih lagi tidak diketahui buat masa ini. Berkemungkinan besar, fungsi tersebut akan berfungsi mengikut gaya seseorang melayari laman web menggunakan Chrome. Anda boleh menguji fungsi ini pada versi pembangunan Chromium terkini, ataupun menunggu beberapa hari lagi sebelum ianya mula diperkenalkan pada saluran pembangun Chrome, dan ianya boleh diaktifkan melalui halaman about:labs.


TIPS & ULASAN