TechVentures Akan Menyaksikan Lebih 22 Startup

TechVentures Akan Menyaksikan Lebih 22 Startup

Diterbitkan pada November 7, 2010 oleh .

Jikalau Indonesia mempunyai SparxUp dan beberapa aktiviti tahunan lain, kini di Malaysia, MAD Incubator membawakan salah satu aktiviti tahunan terbesar, iaitu MSC Malaysia MAD TechVentures 2010 yang akan menjadi persidangan dan salah satu platform dalam melancarkan startup tempatan.

Menariknya, berbeza dengan StartupWeekend, MSC Malaysia MAD TechVentures ini menumpukan hanya untuk startup teknologi, dan bakal dijadikan aktiviti tahunan kelak, dalam memperlihatkan pelbagai projek tempatan yang berdaya saing tinggi, selain membolehkan setiap projek tersebut mendapat dana dan juga pemasaran yang sepatutnya.

Untuk tahun ini, ianya akan diadakan di Sunway Resort Hotel dan Spa pada 8 dan 9 November 2010, menyaksikan lebih 500 peserta persidangan, dan pelbagai startup yang akan memperlihatkan projek mereka. Penyertaannya percuma, dan ianya juga turut disokong oleh rakan media dunia teknologi terkemuka, iaitu TechCrunch.


TIPS & ULASAN