Cari @ Amanz

Twitter Places bukanlah suatu perkara yang baru, dimana ianya pernah diperkenalkan sebelum ini. Melaluinya ia membolehkan para pengguna menyertakan data lokasi pada Tweet mereka, sekaligus memperlihatkan dari mana mereka menghantar Tweet dengan mudah. Namun begitu, kini mereka dilihat sedang menguji perkara baru pada Twitter Places, iaitu fungsi untuk menuntut sesuatu lokasi itu.


HQ Twitter Menjadi Satu-Satunya Lokasi Yang Telah Di Tuntut

Buat masa ini, ianya belum lagi diperkenalkan kepada umum, dan satu-satunya lokasi yang telah dituntut adalah hanyalah pejabat Twitter sahaja. Ianya dikatakan yang mana Twitter sedang bereksperimen dengan fungsi ini, dan mungkin kelak mereka akan membolehkan sesuatu bisnes atau organisasi menuntuk lokasi mereka di Twitter Places. Namun ianya masih lagi tidak diketahui bilakah ianya akan diperkenalkan.

Seperti sedia maklum, kini geolokasi telah menjadi salah satu perkara utama pada laman sosial, dimana setelah FourSquare dilihat begitu berjaya dengannya, kini Facebook dan Twitter turut dilihat mengikut jejaknya. Google juga sedang menguji pelbagai perkara baru bersama Google Latitude mereka.


Lokasi Lain Masih Belum Di Tuntut Di Twitter

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd