P1 Memperkenalkan Perantian USB WiMAX Yang Baru

P1 Memperkenalkan Perantian USB WiMAX Yang Baru

Diterbitkan pada November 8, 2010 oleh .

Packet One (P1) terus menambah tawaran perantian daripada mereka, dimana terkini mereka telah memperkenalkan UH Shuttle USB WiMAX Modem pada pakej Super Broadband mereka. Para pengguna boleh mendapatkannya dengan bayaran tambahan sebanyak RM30 sebulan, dan ianya diperkatakan lebih berkuasa berbanding dengan Wiggy daripada mereka.

UH Shuttle USB WiMAX ini menyokong wideband, dimana perantian ini membolehkan anda mengakses WiMAX pada frekuensi antara 2.3GHz hingga 2.7GHz, selain turut membawakan kuasa transmisi yang lebih tinggi samaada di luar atau didalam banggunan. Perantian ini setebal 1.65cm, dan 7cm panjang dan 9.79cm lebar. Ianya boleh dikatakan yang mana perantian ini kelihatan lebih besar dan mungkin akan menganggu penggunaan.

Rasanya para pengguna kelak akan berminat untuk menggunakan Wiggy biasa ataupun mendapatkan laptop dengan WiMAX terbina, dimana untuknya mereka hanya perlu menambah sebanyak RM20 untuk mengakses WiMAX dari mana-mana berbanding UH Shuttle USB WiMAX yang memerlukan anda menambah RM30 untuk menggunakannya.

Selain daripada UH Shuttle USB WiMAX ini, 2011 kelak akan memperlihatkan P1 memperkenalkan lebih banyak perantian WiMAX kepada para pengguna kelak.


TIPS & ULASAN