Cari @ Amanz

Seperti sebelum-sebelum ini, Nexus One akan menerima kemaskini Android antara yang paling awal, jauh sebelum pengguna lain, iaitu dalam beberapa hari lagi. Sebelum ini, Android 2.3 dikatakan akan menemui para pembangun pada 11 November ini, dan pada masa yang sama Samsung diperkatakan akan melancarkan Nexus Two tidak lama lagi (kini diura-urakan yang mana Nexus Two ditangguhkan sementara).

Berita ini mula kedengaran apabila salah seorang daripada pasukan Open Handset Alliance menghantar Tweet yang mengatakan Nexus One akan menerima kemaskini Android 2.3 Gingebread dalam beberapa hari lagi. Ianya mungkin benar, memandangkan Nexus One sebelum ini juga turut sama menerima kemaskini pertama untuk Android Froyo, selain ianya turut digunakan oleh kebanyakkan pembangun.

Jadi, sekiranya anda pengguna Nexus One, sama-sama nantikan kemaskini terkini untuk sistem operasi Android anda, dan mungkin kita akan dapat melihat senarai fungsi baru yang terdapat pada Android 2,3 tidak lama lagi.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd