Super Wiggy Membawakan Kelajuan Lebih 6 Kali Ganda

Super Wiggy Membawakan Kelajuan Lebih 6 Kali Ganda

Diterbitkan pada November 9, 2010 oleh .

Seperti yang diperkatakan semalam, P1 telah pun melancarkan perantian USB WiMAX yang baru dengan nama Super Wiggy UH235, yang mana boleh didapati dengan tambahan hanya RM30 sebulan keatas komitmen bil anda sedia ada. Menariknya, melalui perantian yang baru ini, ianya membawakan kelajuan yang lebih pantas lagi daripada perantian-perantian yang dikeluarkan sebelum ini.

Secara teknikalnya, ianya menggunakan antena 5dBi omni yang mana boleh menerima gelombang dari sebarang arah, selain pada masa yang sama ianya akan secara automatik memilih antena yang paling baik sekali untuk prestasti yang paling baik. Selain itu, dengan kuasa transmisi 25dBm, ianya membolehkan para pengguna menerima kualiti yang bagus samaada di dalam banggunan ataupun di luar.

Untuk menguji sendiri, kami telah meminta sebuah Super Wiggy daripada pihak P1, dan telah mengujinya di dalam banggunan di sebuah lokasi di Rawang. Kami juga telah menguji kelajuannya bersama-sama dengan perantian DV230 daripada P1 pada lokasi yang serupa, dan hasil yang diperlihatkan adalah menakjubkan.

Daripada ujian yang dijalankan, ianya memperlihatkan kelajuan sehingga lebih 6 kali ganda daripada DV230 sedia ada. Walaubagaimanapun, kelajuan muat-naik daripada UH235 adalah tidak begitu menarik, selain masa PING yang mengambil masa sedikit lama berbanding DV230. Namun begitu, kelajuan sehingga 1.96MB/s di Rawang amat menakjubkan, dan berkemungkinan besar, kelajuannya adalah lebih bagus lagi disekitar Lembah Kelang, dan beberapa bandar utama yang lain.

Satu lagi perkara yang amat mendukacitakan adalah dimana Super Wiggy ini hanya didatangkan dengan sokongan untuk Windows XP, Windows Vista, Windows 7 dan juga Mac OS X sahaja buat masa ini, sementara masih tiada sokongan untuk Linux. Selain itu, anda juga tidak boleh berkongsi talian anda bersama rakan anda yang lain buat masa ini melalui Super Wiggy ini.


TIPS & ULASAN