Cari @ Amanz

Salah satu filem yang dinantikan oleh para pengguna dan peminat Facebook adalah The Social Network. Walaupun ianya telah ditayangkan di Amerika pada bulan lepas, ianya masih belum ditayangkan di Malaysia, dan tayangan perdana kelak akan diadakan pada 2 Disember kelak. Menariknya, di Amanz, kami memberikan 3 tiket percuma untuk pembaca bertuah, tajaan daripada JomSocial.

Bagi yang tidak ketahui akan JomSocial, ianya merupakan salah satu plugin untuk Joomla, membolehkan para pengguna membuat rangkaian sosial tersendiri dengan mudah. Sebelum ini, JomSocial pernah memenangi pelbagai anugerah, selain turut menjana laman sosial di Joomla dan juga Linux.com. Syarikat disebalik JomSocial juga merupakan pembangun SookaChat yang diperkenalkan baru-baru ini.

Berbalik kepada tayangan perdana filem The Social Network, berikut merupakan maklumat berkaitan tarikh dan lokasi tayangan tersebut:

Tarikh : 2 Disember 2010
Hari : Khamis
Masa : 9.00 malam
Lokasi : MidValley Magamall, Kuala Lumpur
Penaja : JomSocial.com // Facebook JomSocial

Selain daripada tayangan perdana filem The Social Network, para pembaca juga kelak akan dapat berjumpa dengan ramai orang dari industri web dan teknologi, terutamanya para pembangun disebalik JomSocial itu sendiri. Untuk mendapatkan tiket anda, anda hanya perlu meninggalkan komen, Apakah Yang Anda Ingin Lihat Daripada Dunia Rangkaian Sosial Pada Masa Depan?. Tiga pembaca bertuah akan dipilih berdasarkan komen paling kreatif.

Jadi, Apakah Yang Anda Ingin Lihat Daripada Dunia Rangkaian Sosial Pada Masa Depan?

Jangan lupa “Like” laman JomSocial di Facebook. ;)

Kemaskini Pada 30 November
Pemenang bertuah telah dihubungi melalui emel.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd