Pra-Lihat Hasil Carian Anda Dengan Instant Previews

Pra-Lihat Hasil Carian Anda Dengan Instant Previews

Diterbitkan pada November 9, 2010 oleh .

Setelah memperkenalkan Google Instant sebelum ini, dimana ianya memperlihatkan hasil carian ketika anda sedang menaip, kini Google langkah setapak lagi ke hadapan dengan memperkenalkan fungsi Instant Previews. Melaluinya, ianya memperlihatkan terlebih dahulu paparan antaramuka sesuatu laman itu dalam bentuk imej terus daripada halaman keputusan carian.


Contoh Google Instant Preview

Melalui Instant Previews ini juga, ianya membolehkan para pengguna dengan mudah melihat dan membandingkan hasil carian sebelum melawat sesuatu laman web itu. Selain daripada itu, ianya juga akan highlight akan teks carian kita pada halaman web tersebut, memudahkan kita untuk mencari sesuatu teks itu dengan mudah pada laman yang kita tuju itu kelak. Dan kadangkala, selain daripada teks, para pengguna mencari sesuatu yang lebih interaktif, termasuk carta, gambarajah dan sebagainya, dan dengan adanya fungsi pralihat ini, para pengguna tidak lagi perlu membuka pelbagai laman web untuk mencari apa yang diperlukan.

Anda boleh menguji Instant Previews ini mulai hari ini, dan dalam beberapa hari lagi, ianya akan diperkenalkan dalam lebih 40 bahasa kepada semua pengguna seluruh dunia.


TIPS & ULASAN