Export Wave Anda Dengan Mudah Dari Google Wave

Export Wave Anda Dengan Mudah Dari Google Wave

Diterbitkan pada November 10, 2010 oleh .

Setelah mengumumkan yang mana akan menamatkan perkhidmatan Google Wave tidak lama lagi, kini Google memberikan pilihan kepada para pengguna untuk muat-turun data daripada Wave dengan mudah samaada dalam bentuk HTML ataupun fail Zip bersama-sama dengan semua attachment kepada para pengguna melalui aplikasi Export yang terbina padanya.


Export Wave Anda Dengan Mudah Dari Google Wave [via]

Seperti mana yang diumumkan Google pada bulan Ogos yang lepas, wave.google.com akan terus hidup sehingga penghujung tahun ini. Pada masa yang sama, pihak Google sedang membangunkan cara untuk membolehkan para pengguna mengakses Wave melalui Google Docs, dan mungkin akan mengumumkannya tidak lama lagi. Selain daripada itu, sekiranya anda ingin membangunkan sendiri Wave untuk dijalankan pada server anda sendiri, mungkin anda boleh melihat projek Wave in a Box.


TIPS & ULASAN