Sophos Memperkenalkan Antivirus Percuma Untuk Mac

Sophos Memperkenalkan Antivirus Percuma Untuk Mac

Diterbitkan pada November 10, 2010 oleh .

Selain beberapa antivirus untuk Mac OS sedia ada, kini Sophos turut melancarkan antivirus untuk Mac, dan menariknya ianya boleh dimuat-turun oleh para pengguna secara percuma, dan boleh menggunakannya tanpa sebarang tarikh luput dan sebarang pendaftaran. Sophos Anti-Virus Home Edition ini boleh dimuat-turun oleh para pengguna seluruh dunia, dan melindungi komputer yang menggunakan Mac OS X daripada serangan virus.


Sophos AV Pada Mac OS


Ujian Eicar Menggunakan Sophos

Sophos Anti-Virus Home Edition menyediakan pengenal-pastian virus dan aplikasi berbahaya dalam masa nyata, yang mana aplikasinya berjalan secara disebalik latar, sekaligus tidak menganggu sebarang operasi para pengguna. Para pengguna Mac juga tidak perlu menjalankan scan secara manual memandangkan ianya dilindungi secara masa-nyata.

Selain daripada anti-virus khas untuk para pengguna Mac, mereka juga menyediakan sebuah forum khas untuk para pengguna Mac bertanyakan berkenaan dengan produk mereka ataupun berbincang mengenai sekuriti pada Mac. Anda boleh memuat-turun aplikasi anti-virus Sophos untuk Mac ini secara percuma untuk komputer anda yang menjalankan Mac OS X.


TIPS & ULASAN