Cari @ Amanz

Walaupun sebelum ini kedengaran ura-ura mengatakan yang mana AOL dijangka akan mengambil-alih atau bersatu dengan Yahoo!, kini perkara yang lain pula kedengaran, dimana diperkatakan yang mana Yahoo! telah pun secara tak rasminya menawarkan diri untuk membeli Groupon pada harga antara $3 billion ke $4 billion. Walaupun angka tersebut dilihat amat besar, namun mengikut sumber-sumber yang dipercayai, itulah tawaran yang dilakukan oleh Yahoo! secara tak rasmi.

Selain daripada itu, pada masa yang sama, ianya diperkatakan yang mana kini Groupon sedang membuat perancangan jangka masa panjang, dimana mereka sedang berbincang untuk menawarkan diri untuk dijual kepada syarikat yang lebih besar, atau mengumpulkan lebih banyak dana daripada para pelabur, ataupun membuka IPO mereka.

Buat masa ini, Groupon mempunyai lebih kurang 3,000 pekerja yang beroperasi menguruskan pasaran di lebih 29 buah negara. Selain daripada Yahoo!, sekiranya diperhatikan, Groupon juga sesuai untuk bersatu dengan beberapa nama besar yang lain dalam dunia ecommerce termasuk Amazon, eBay, dan tidak ketinggalan Google dan Facebook.

Kedua-dua syarikat masih lagi tidak mengeluarkan komen rasmi mereka berkaitan perkara ini buat masa ini.

Di Malaysia, terdapat beberapa syarikat yang menyediakan servis lebih kurang serupa seperti Groupon, dimana diskaun dan tawaran menarik diberikan kepada pengguna apabila mencapai sesuatu angka permintaan, iaitu GroupsMore dari YouthAsia, MyDeals, dan juga daripada akhbar tempatan, The Sun.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd