Carian
Nuffnang Melebarkan Sayap Ke China
November 11, 2010 Aman

Nuffnang terus melebarkan sayap mereka di Asia, dimana terkini mereka telah pun melancarkan Nuffnang di negara China, khas untuk pengguna dari sana. Kini, dengan pelancaran di China, sudah lima negara yang ditawarkan pengiklanan oleh Nuffnang, iaitu Malaysia, Singapura, Filipina, Australia dan juga terkini China.


Antaramuka Nuffnang Yang Selari Dengan Di Negara Lain

Seperti sedia maklum, China merupakan sebuah negara yang besar, dengan komuniti blogger yang amat ramai sekali. Dengan masuknya ke China, semestinya Nuffnang boleh mengukuhkan kedudukan mereka di arena pengiklanan blog dengan lebih kukuh lagi selain membangunkan komuniti blogger di negara-negara Asia.

Mungkin selepas ini, kita mungkin akan dapat melihat Nuffnang terus berkembang dengan luas, dengan lebih tawaran kepada para penulis blogger di seluruh Asia.

Komen