Facebook Bakal Memperkenalkan Emel Tersendiri?

Facebook Bakal Memperkenalkan Emel Tersendiri?

Diterbitkan pada November 12, 2010 oleh .

Selepas beberapa sidang media sebelum ini, kini sekali lagi Facebook memanggil para wartawan dan media untuk sebuah acara khas untuk hari Isnin akan datang. Seperti sebelumnya, ramai mula meneka apakah yang berkemungkinan akan diperkenalkan oleh Facebook, dan ramai mengura-urakan kini yang mana Facebook berkemungkinan besar akan memperkenalkan servis emel mereka tersendiri.


Jemputan Facebook Untuk Acara Isnin Ini [via]

Sejak awal tahun ini, ianya diperkatakan yang mana Facebook sedang membangunkan servis emel mereka tersendiri dengan nama Project Titan. Ramai mula memperkatakannya begitu memandangkan jemputan itu datangnya dengan ikon Inbox, serta bahagian tepi yang menyerupai kepada sampul surat.

Dengan adanya Facebook dan Twitter, ianya telah serba sebanyak mengubah cara penggunaan emel, dimana untuk komunikasi lebih pantas dan mudah, sistem menghantar mesej terbina padanya digunakan, serta membolehkan para pengguna mendapatkan maklumbalas dengan lebih pantas. Buat masa ini, perkhidmatan emel terkemuka disediakan oleh Google, Yahoo! dan juga Microsoft. Salah satu laman sosial yang pernah mencuba salah satu perkara sama sebelum ini adalah MySpace, dimana mereka menyediakan perkhidmatan emel terbina pada antaramuka MySpace dengan mudah. Walaubagaimanapun, sama-sama kita nantikan apakah yang akan diperkenalkan oleh Facebook pada hari Isnin ini nanti.


TIPS & ULASAN