Cari @ Amanz

Selain daripada mulakan pendaftaran untuk #Maxis10, kini Maxis juga telah mulakan pendaftaran minat untuk HTC HD7, iaitu salah satu perantian Windows Phone 7 daripada HTC. Di Malaysia, buat masa ini, dua perantian Windows Phone 7 telah disahkan akan tiba dalam bulan ini, iaitu HTC HD 7 dan juga HTC 7 Mozart.

HTC HD7 membawakan sistem operasi mudah-alih yang dinantikan ramai, iaitu Windows Phone 7, revolusi daripada Windows Mobile. Selain daripada itu, ianya juga membawakan skrin sentuh seluas 4.3-inch, dan dengan kamera 5.0 megapixel yang didatangkan bersama-sama dengan dual flash. Anda juga boleh membuat rakaman HD sehingga 720p menggunakan fungsi rakaman video padanya.

Buat masa ini, hanya Maxis sahaja yang memperkenalkan pakej kontrak untuk Windows Phone 7 di Malaysia, dimana HTC HD7 boleh didapati pada harga RM2399. Ianya masih lagi tidak diketahui berkenaan pakej yang akan diperkenalkan oleh Maxis, namun ianya dijangka akan diperkenalkan tidak lama lagi.

Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan perantian Windows Phone 7 ini, anda boleh mula mendaftarkan minat pada Maxis, dan dapatkan segala kemaskini berkaitan dengannya, dan menjadi antara yang terawal menggunakan Windows Phone 7 di Malaysia.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd