Twitter Dan Apple Mengumumkan Kerjasama

Twitter Dan Apple Mengumumkan Kerjasama

Diterbitkan pada November 13, 2010 oleh .

Twitter melalui antaramuka baru mereka yang dikenali dengan #newtwitter telah pun sedia mengintegrasikan media pada laman mereka, dimana para pengguna boleh melihat imej, gambar dan video secara terus pada laman Twitter.com tanpa perlu meninggalkan laman tersebut. Menariknya, kini fungsi tersebut dikembangkan, dengan mengintegrasikan muzik dan audio pada laman mereka.

Twitter telah pun mengumumkan kerjasama bersama Ping, iaitu rangkaian sosial untuk muzik daripada Apple, yang mana diintegrasikan bersama iTunes. Dan dengan kerjasama ini, Twitter, membawakan integrasi sokongan audio daripada iTunes pada Twitter, dimana para pengguna boleh pra-lihat dan dengar lagu sebelum membelinya di Twitter.

Selain daripada menguntungkan pihak Apple, pada masa yang sama juga, ianya membawakan penambahan menarik kepada stream di Twitter, dimana para pengguna boleh menikmati lebih banyak media yang diperkaya terus daripada laman Twitter.com. Berkemungkinan besar, fungsi ini juga kelak akan diintegrasikan pada kesemua aplikasi sedia ada untuk pelbagai perantian mudah-alih kelak.


TIPS & ULASAN