Cari @ Amanz

Walaupun Intel dan AMD merupakan pesaing di dunia mikroprosesor, kini ianya dilihat yang mana mereka akan bekerjasama, apabila AMD turut sama memilih untuk menyokong MeeGo. Sebelum ini, Intel dan Nokia bersatu memulakan projek MeeGo, yang mana menjadi sebuah platform baru yang menyokong pelbagai perantian terkini, daripada telefon pintar sehinggalah kepada netbook.

Kebetulan pula, projek ini dihoskan oleh Linux Foundation, yang mana merupakan salah satu organisasi yang bukan berasaskan keuntungan, dimana AMD merupakan ahli tahap emas disana. Dan, setelah sekian lama, kini AMD turut mengumumkan yang mana mereka pun akan turut menyumbangkan kepakaran dalam membangunkan platform baru itu.

Antaramuka MeeGo Pada Telefon Pintar
Antaramuka MeeGo Pada Telefon Pintar

Buat masa ini, MeeGo telah pun mencapai versi 1.1, dan beberapa perantian telah pun sedia diuji menggunakannya, selain berkemungkinan besar, perantian baru yang menggunakan MeeGo akan menemui para pengguna tidak lama lagi.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd