Cari @ Amanz

Setelah memperkenalkan topik terhangat mengikut lokasi sebelum ini, kini Twitter memperluaskan fungsi tersebut ke beberapa negara selain daripada Amerika Syarikat, dimana lebih 13 negara baru ditambah termasuk Indonesia dan Singapura. Walaubagaimanapun, Malaysia masih lagi tidak disertakan buat masa ini.

Melalui topik terhangat mengikut lokasi itu, para pengguna boleh mengikuti apakah yang dibincangkan oleh rakan-rakan dan orang tempatan mereka, selain dengan mudah mengikuti perkembangan semasa. Buat masa ini, apa yang diperlihatkan oleh Twitter adalah topik terhangat yang dibincangkan secara keseluruhan didunia ini. Walaubagaimanapun, anda boleh mengikuti perkembangan semasa berkenaan topik yang dibincangkan oleh para pengguna tempatan melalui laman Pengicau.com.

Selain daripada itu, Twitter juga kini menyokong penterjemahan Tweet kepaa bahasa lain dengan menggunakan fungsi Google Translate. Namun begitu, ianya masih lagi pada peringkat ujian, dan hanya peratusan yang amat kecil sahaja dapat melihat fungsi ini. Namun begitu, Twitter memperkatakan yang mana ianya akan diperkenalkan kepada semua pengguna dalam beberapa minggu akan datang.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd