Setelah sekian lama dinantikan, akhirnya CEO Google telah pun menerangkan apakah yang bakal membezakan antara sistem operasi Android dan juga Chrome OS, dimana Android dikhaskan untuk skrin sentuh, manakala Chrome OS adalah untuk digunakan bersama papan kekunci.
Secara ringkasnya, ianya boleh dikatakan yang mana Chrome OS adalah untuk perantian perkomputeran tradisional, iaitu seperti desktop, notebook dan netbook yang mana menggunakan papan kekunci sebagai salah satu cara inputnya, manakala Android lebih diutamakan untuk perantian mudah-alih seperti tablet dan juga telefon pintar.
Pengurusan Tetingkap Yang Interaktif [info]
Chrome OS bakal diperkenalkan dalam bulan ini, dan pada masa yang sama juga, Android 2.3 Gingerbread juga dijangka akan diperkenalkan pada bulan ini, sekaligus bakal menjadi antara bulan terpenting untuk Google.