Setelah sekian lama laman GengBlogger menghadapi masalah untuk diakses disebabkan dijangkiti oleh malware, kini ianya mula aktif kembali dan beroperasi semula seperti biasa. Menurut pembangunnya, sebanyak 240,000 malware yang menjangkiti laman tersebut telah pun berjaya dibuang sepenuhnya.
Laman GengBlogger Kembali Beroperasi
Menariknya, laman tersebut mula aktif kembali pada malam raya, menjadikannya hadiah yang amat bermakna bersempena dengan Hari Raya AidilAdha. Buat masa ini, GengBlogger merupakan laman yang ke-503 paling aktif dan disinggahi oleh rakyat Malaysia, dimana melaluinya ianya menyediakan sebuah platform untuk para penulis blog di Malaysia berkongsikan pautan artikel terkini dengan mudah. Selain daripada itu, GengBlogger juga boleh dikatakan sebagai jaringan sosial untuk blog-blog berbahasa Melayu.
Dalam beberapa bulan akan datang, GengBlogger juga dijangka akan menerima beberapa fungsi baru, sekaligus membawakan pelbagai revolusi. Pada ketika ketiadaan GengBlogger, para pembangunnya juga turut membangunkan beberapa laman yang lebih kurang dengan fungsi serupa iaitu SelangorBloggers, KelantanBloggers dan juga JohoreanBloggers.