MySpace Mengintegrasikan Fungsi Facebook Connect

MySpace Mengintegrasikan Fungsi Facebook Connect

Diterbitkan pada November 18, 2010 oleh .

Dengan nasib MySpace yang tidak berapa menentu sejak kemunculan Facebook, kini sebagai salah satu daripada rekabentuk semula laman MySpace, mereka akan memperkenalkan integrasi Facebook pada laman MySpace, dimana para pengguna boleh mendaftar masuk menggunakan akaun Facebook melalui Facebook Connect.


Facebook Connect Pada MySpace.com [via]

Melaluinya juga, para pengguna kelak akan memberikan beberapa kebenaran untuk MySpace, seperti akses info dan sebagainya melalui Facebook Connect seperti yang terdapat di beberapa laman sekarang ini. Ianya masih lagi tidak aktif buat masa ini, dan mungkin dengan pengintegrasiannya kelak, para pengguna baru tidak lagi perlu memasukkan maklumat-maklumat baru, sebaliknya boleh import dari laman Facebook secara terus.

Ianya masih lagi tidak diketahui bila manakah fungsi ini akan aktif dan boleh digunakan oleh semua para pengguna. Pada masa yang sama, Facebook dan MySpace juga dijangka membuat satu pengumuman menarik pada pagi esok. Sama-sama kita nantikannya.


TIPS & ULASAN