Cari @ Amanz

Seperti yang diperkatakan tempoh hari, kini Twitter dilihat sudah pun mula menguji fungsi statistik pada laman mereka, membolehkan para pengguna mengikuti pelbagai jenis data menarik termasuk dari Tweet popular daripada mereka, pengikut mereka yang popular, dan sebagainya. Walaubagaimanapun, buat masa ini, hanya segelintir pengguna sahaja dapat mengakses fungsi tersebut.


Fungsi Statistik Pada Twitter [via]

Twitter dikatakan hanya melakukan ujian sahaja buat masa ini, dimana fungsi tersebut masih lagi tidak diketahui bila manakah akan diperkenalkan kepada para pengguna yang lain. Ianya diperkatakan, dimana melalui aplikasi statistik ini kelak, para pengguna akan dapat ketahui bagaimanakah Tweet mereka mendapat reaksi dari para pengguna, selain membolehkan para pengguna menyesuaikan diri mereka di Twitter dengan lebih mudah.

Pada masa yang sama, syarikat yang menggunakan khidmat pengiklanan di Twitter juga akan boleh mendapatkan pelbagai data menarik, selain mengukur tahap prestasti mereka di rangkaian sosial, terutamanya Twitter dengan mudah.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd