Cari @ Amanz

Nampaknya, Google berjaya sekali lagi mengubah teknologi semasa enjin carian, apabila setelah Google memperkenalkan Google Instant dan juga Google Instant Preview, kini, Yahoo! pula mencuba sesuatu yang baru yang mana dipanggil sebagai Yahoo! Rich Search Assist. Melaluinya, ia memperlihatkan pralihat yang menarik untuk sesuatu hasil carian yang dilakukan oleh para pengguna.

Melalui Yahoo! Rich Search Assist ini, ianya memperlihatkan pralihat sesuatu carian apabila anda meletakkan tetikus anda di atas kata kunci carian yang diperlihatkan. Dan berbeza dengan Google, mereka hanya memperlihatkan pra-lihat dalam bentuk satu kotak khas pada bahagian kiri dibawah kotak carian, dan bukannya mengubah keseluruhan halaman keputusan carian.

Buat masa ini, Yahoo! Rich Search Assist ini hanya boleh dilihat oleh beberapa pengguna terpilih sahaja, dan ianya dijangka akan diperkenalkan kepada semua pengguna dalam masa tidak lama lagi.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd