Adakah Kawasan Anda Di Liputi Yes 4G?

Adakah Kawasan Anda Di Liputi Yes 4G?

Diterbitkan pada November 19, 2010 oleh .

Yes 4G akan secara rasminya dilancarkan pada petang ini oleh Timbalan Perdana Menteri kita. Buat masa ini, kita semua sedia maklum yang mana harganya akan bermula pada kadar 9 sen untuk 3Mb walaupun ianya tidak lagi disahkan secara sepenuhnya. Selain daripada itu, para pengguna juga sudah boleh melihat kawasan mereka samaada diliputi oleh rangkaian Yes 4G ataupun tidak melalui laman rasmi mereka.

Seperti sedia maklum, Yes 4G diperkatakan yang akan meliputi lebih 65% penduduk ketika pelancarannya nanti, termasuklah dengan Lebuhraya Utara Selatan, dan bandar-bandar besar di Semenanjung Malaysia. Selain daripada anda boleh melihat samaada kawasan anda diliputi oleh rangkain Yes 4G, anda juga boleh melihat kedai atau kiosk terdekat dengan anda untuk melanggan perkhidmatan daripada mereka.


Lihat Kawasan Anda Di Liputi Yes 4G Ataupun Tidak


TIPS & ULASAN