Yes 4G Di Lancarkan Secara Rasminya

Yes 4G Di Lancarkan Secara Rasminya

Diterbitkan pada November 19, 2010 oleh .

Seperti yang tersebar di internet sebelum ini, Yes melancarkan servisnya dengan mengenakan caj sebanyak 9 sen untuk penggunaan 3mb data, atau satu minit panggilan ataupun satu SMS. Pada masa yang sama, bagi pengguna tegar Yes 4G kelak, mereka akan menikmati potongan sehingga 30% sekiranya anda menggunakan data sebanyak 4 GB dan ke atas.


Rebate Untuk Penggunaan Yes 4G [via]

Bersama-sama dengan pelancaran ini juga, mereka memperkenalkan 2 perantian untuk menghubungkan anda dengan perkhidmatan internet Yes 4G, iaitu YES 4G Go Dongle, dan juga YES 4G Huddle (Mobile Hotspot). Selain daripada itu, dua perantian lagi yang diperlihatkan sebelum ini akan menemui para pengguna pada bulan Disember kelak, iaitu telefon pintar Samsung Buzz yang membawakan fungsi panggilan 4G, serta Yes 4G Zoom, yang berfungsi sebagai router di rumah mahupun di pejabat.

Para pengguna yang berminat sudah boleh melihat sama-ada kawasan anda diliputi oleh perkhidmatan Yes 4G ataupun tidak, dan mula mendaftarkan Yes ID anda serta merta. Selain daripada itu, Yes juga menawarkan perkhidmatan internet percuma di beberapa universiti terpilih.


Pakej Untuk Perantian Yes Go [via]


Pakej Untuk Perantian Yes Huddle [via]


Perantian Yes Buzz dan Yes Zoom Akan Di Perkenalkan Pada Bulan Disember [via]

Daripada harga pakej yang diperkenalkan, ianya kelihatan yang mana Yes 4G ini lebih sesuai untuk para pengguna mudah-alih, yang mana harganya lebih berpatutan berbanding penyedia mudah-alih yang lain. Namun begitu, sekiranya anda gemar memuat-turun pelbagai perkara, dan amat aktfi menggunakannya, ianya lebih menarik sekiranya anda menggunakan perkhidmatan internet daripada TM ataupun P1.


TIPS & ULASAN