Cari @ Amanz

Setelah memperkenalkan fungsi Google Instant kepada umum lebih kurang dua bulan yang lepas, kini fungsi tersebut turut sama diintegrasikan pada laman Google Malaysia, membolehkan para pengguna tempatan menikmati fungsi tersebut dengan mudah melalui laman Google tempatan.

Buat masa ini, mungkin semua sudah menggunakan dan mencuba fungsi Google Instant, yang mana bukan sahaja diperkenalkan pada platform web, malah turut disokong pada perantian mudah-alih dan diintegrasikan pada pelayar web daripada Google, iaitu Google Chrome. Fungsi Google Instant akan diperkenalkan secara berperingkat kepada para pengguna, dan mungkin anda semua akan dapat melihatnya tidak lama lagi di Google.com.my.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd