Google Inginkan Groupon?

Google Inginkan Groupon?

Diterbitkan pada November 20, 2010 oleh .

Jikalau sebelum ini ianya diura-urakan Yahoo! yang ingin membeli Groupon, dan kemudiannya mati begitu sahaja, kini timbul pula ura-ura baru memperkatakan yang mana Google kini dalam perbincangan untuk mengambil-alih Groupon. Harga yang diinginkan oleh Groupon masih lagi seperti sebelum ini iaitu sehingga $3 billion, dan berkemungkinan besar tinggi lagi, dan semestinya Google mempunyai kewangan yang amat mencukupi untuk memilikinya.

Groupon yang menyediakan tawaran menarik yang berbeza setiap hari sememangnya suatu fenomena yang baru, dimana selepas kejayaan Groupon, timbulnya beberapa laman klon dengan fungsi lebih kurang serupa, termasuk di Malaysia sendiri, myDeals dan juga GroupsMore. Ianya diperkatakan yang mana pendapatan Groupon mencecah sehingga lebih $50 juta untuk sebulan, dan semestinya ianya kini menjadi antara hartanah maya yang berharga sekali.

Selain daripada Google, sebelum ini ianya diurakan yang mana Yahoo! turut membuat tawaran kepada Groupon. Pada masa yang sama, sekiranya dilihat daripada industri Groupon, antara nama besar lain yang mungkin turut sama ingin memilikinya adalah termasuk Amazon dan juga eBay.


TIPS & ULASAN