Garis Panduan Hasutan Dunia Siber Akan Di Perkenalkan

Garis Panduan Hasutan Dunia Siber Akan Di Perkenalkan

Diterbitkan pada November 20, 2010 oleh .

Memandangkan pelbagai kes berkaitan dengan hasutan yang kini timbul di arena internet, kerajaan kini mengatakan yang mana mereka akan memperkenalkan garis panduan untuk memberi definisi dan maklumat terperinci berkenaan dengan pelbagai kesalahan hasutan di dalam dunia siber. Ianya dijangka akan diperkenalkan oleh kerajaan pada minggu hadapan.

Walaupun ianya akan diperkenalkan pada minggu hadapan, ianya masih lagi tidak diketahui bila manakah ianya akan dikuatkuasakan sepenuhnya. Secara umumnya, kesalahan hasutan melibatkan pelbagai jenis media, samaada secara dalam talian ataupun tidak, walaubagaimanapun, mungkin ramai lagi yang tidak mengetahui akannya sepenuhnya, dan untuk memberikan maklumat terperinci berkenaan dengannya, pihak kerajaan mengambil inisiatif ini.


TIPS & ULASAN