Cari @ Amanz

Selain daripada berita mengatakan yang mana Google ingin membeli Groupon, ianya juga turut diperkatakan yang mana Google sebelum ini telah menawarkan antara $2.5 billion hingga $4 billion kepada Twitter untuk mengambil-alihnya. Selain daripada Google ianya diperkatakan Microsoft juga turut sama ada menawarkan sejumlah wang kepada Twitter untuk mengambil-alihnya sebelum ini.

Salah seorang pemegang saham Twitter mengatakan yang mana sebelum ini, tiga bulan yang lalu, mereka telah menolak tawaran sehingga $4 billion yang diterima daripada mereka. Namun begitu, dia tidak memberitahu samaada tawaran tersebut datangnya daripada Microsoft, Google mahupun syarikat yang lain.

Seperti sedia maklum, tawar-menawar dan pelbagai ura-ura di industri web ini adalah perkara biasa, lagi-lagi sekiranya ianya datang daripada Google. Google sendiri diperkatakan mempunyai wang simpanan melebih $30 billion, dan dengan wang tersebut, mereka sememangnya boleh membeli beberapa syarikat terkemuka dunia, termasuk Twitter mahupun Groupon, dan sekaligus menambah portfolio mereka. Cuma menjadi satu masalah adalah samaada syarikat tersebut ingin diri mereka dimiliki oleh Google ataupun tidak.

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd