Firefox 4 membawakan paparan pop-up yang cantik

Firefox 4 membawakan paparan pop-up yang cantik

Diterbitkan pada November 21, 2010 oleh .

Kini, pihak pembangun Firefox telah mempertontonkan satu lagi penambahkan pada antaramuka pengguna Firefox (User Interface) yang lebih cantik dan menarik. Penambah baikan pada antaramuka pengguna tersebut dikesan oleh Long Zheng melalui status twitternya.

Paparan pop-up alert tersebut lebih cantik dan kemas dengan menggunakan efek lutsinar, efek blur dan memperlihatkan isi pada laman dibelakangnya. Ia memang padan dengan tema yang dimuatkan secara lalai dalam Firefox 4 ini iaitu tema Strata. Mungkin ia akan menambahkan lagi fokus dan pengalaman melayari laman web.

Jika anda ingin mencubanya, anda boleh memuat turun Nightly Build Firefox 4 dan memasangnya ke dalam PC anda. Untuk mencubanya, anda hanya perlu melayari apa-apa laman sekalipun, kemudian meletakkan kod di bawah ini pada bar alamat (address bar / navigation toolbar) dan tekan butang enter pada keyboard anda.

javascript:window.alert("Layarilah laman web AmanZ.MY setiap hari untuk mendapatkan lebih informasi")


TIPS & ULASAN