Carian
Galaxy S Boleh Di Kemaskini Kepada Froyo
November 22, 2010 Aman

Setelah sekian lama dinantikan, akhirnya, kini para pengguna Samsung Galaxy S di Malaysia sudah boleh menikmati Android 2.2 Froyo pada telefon pintar mereka yang mana membawakan pelbagai fungsi baru dan prestasi operasi yang lebih mengagumkan berbanding sebelumnya.

Sebelum ini, pada pertengahan Oktober yang lepas, Samsung telah mula memperkenalkan kemaskini sistem operasi untuk para pengguna Samsung Galaxy S secara berperingkat mengikut lokasi mereka. Setelah lebih sebulan, kini para pengguna di Malaysia sudah boleh menikmati kemaskini Froyo, serta menggunakan pelbagai fungsi baru padanya.

Melalui kemaskini Android 2.2 Froyo, ianya membawakan pelbagai fungsi baru, termasuk sokongan kemaskini automatik pada Android Market, fungsi GPS yang ditambah-baik, fungsi Media Hub, aplikasi GMail yang serba baru, sokongan format video MP4 pada rakaman video, widget carian yang baru, dan banyak lagi perkara baru yang menarik.

Kemaskini ini boleh dibuat melalui OTA sama seperti pada perantian Android yang lain, dan anda memerlukan aplikasi Samsung Kies untuk menjadikannya berjaya.

Komen