Opera 11 Beta Akan Muncul Dalam Masa Terdekat

Opera 11 Beta Akan Muncul Dalam Masa Terdekat

Diterbitkan pada November 22, 2010 oleh .

Setelah versi alpha demi alpha, kini pihak pembangun Opera sedang bersiap sedia untuk memperkenalkan versi beta untuk Opera 11. Ianya masih lagi tidak diketahui bila manakah Opera 11 Beta akan menemui para pengguna, namun ura-ura memperkatakannya akan dilepaskan paling awal pada 23 November ini, ataupun lebih tepat lagi pada hari esok.

Opera Software gemar memperkenalkan pelbagai perkara baru yang kemudiannya akan menjadi trend para pembangun pelayar web. Setelah kejayaan demi kejayaan melalui pelayar web sebelum ini, kini melalui Opera 11, mereka membawakan fungsi extension, yang membolehkan para pembangun aplikasi web pihak ketiga membangunkan aplikasi mereka untuk pelayar web Opera menggunakan standard yang sebetulnya.

Tahun ini memperlihatkan perang pelayar web semakin menarik, dimana semua pelayar web memperkenalkan pelbagai fungsi menarik, selain Internet Explorer 9 sendiri yang mula menyokong HTML5 dan CSS3. Selain daripada itu, Google telah menjadikan pembangunan pelayar web mereka lebih pantas, yang mana kini Chrome 9.0 sudah pun boleh diuji di saluran pembangun, selain Firefox 4.0 yang dijangka akan menemui para pengguna tahun hadapan.


TIPS & ULASAN