Informasi Teknologi Terkini

Intern.MY – Temui Tempat Latihan Industri Anda

Diterbitkan pada November 23, 2010 oleh .

Jikalau sebelum ini kita lihat pelancaran laman Hired.MY yang memudahkan semua orang mencari tempat kerja, selain menawarkan servis mereka, kini pembangun disebalik laman RotiKaya memperkenalkan laman Intern.MY yang mana memudahkan para pelajar mencari tempat praktikal di seluruh Malaysia mengikut bidang mereka.


Antaramuka Laman Intern.MY

Seperti sedia maklum, pencarian tempat untuk praktikal boleh dikatakan sedikit sukar. Selain daripada itu, pada masa yang sama, setiap universiti mempunyai pangkalan data mereka yang tersendiri untuk memudahkan para pelajar mereka untuk menemui tempat praktikal masing-masing. Namun begitu, ianya jarang dikemaskini oleh pihak universiti. Tetapi, dengan adanya laman Intern.MY yang memperlihatkan sekali tarikh tamat untuk tawaran beserta dengan peta lokasi yang dijana oleh Google Maps, ianya amat memudahkan para pelajar dalam pencarian lokasi praktikal mereka.

Intern.MY menggunakan platform WordPress untuk beroperasi, dan para pelajar boleh menghantarkan resume mereka dengan mudah melalui laman tersebut tanpa sebarang pendaftaran, dan sebaliknya, sekiranya anda mencari para pelatih industri untuk syarikat anda, anda boleh mendaftarkan diri dan mula memperlihatkan tawaran latihan industri pada harga cuma RM25 sahaja, dan temui pelatih industri yang amat bersesuaian dengan anda.

Terdapat 72 komen
Komen Popular
Keseluruhan Komen
  1. gile… laju betoi update… huhuhuu.
    baru je kejap tadi aku bace kat twitter…
    hang ni pakai gerabak keretapi mane ni?
    curiga betoi.. hehe

  2. @kreuger amanz ni macam wartawan gossip versi tech :) mmg pantas

    @amanz terima kasih atas coverage ini walaupun Intern.MY belum 100% sempurna. kami akan provide promo code untuk pembaca amanz.my jika sampai masa. heh

  3. Ni yang buat aku selalu kunjungi amanz ni sebab amanz selalu beri info terkini, terbaik, terpantas dan amanz nilah yang terhensem tekniknya menawan pengunjungnya datang dan datang lagi

  4. mencari firma arkitek yang mengambil palajar pratikal di area shah alam or subang jaya. mula latihan 11.7.11

  5. sy pelajr ilp kuantn,nk cri pat praktikl area pahg dlm bidg IT Sistem…

  6. salam..sy hanis dari kos diploma kesetiausahaan eksekutif..nk cari tmpt prktikal area Teluk Intan,Perak..sy nk praktikal dari ujung bln 12 hnnga bln 3 2012..hrp dpt tmpt prktikal bhgian pengurusan atau pengurusan pejabat atau yg bersesuaian.. TQ…

  7. sy sedang mencari tmpat untuk mmbuat latihan industri automotif yang menyediakan tmpat tinggal.

  8. saya sedang mencari praktikal di area Pulau Pinang, dalam bidang Multimedia…

  9. saya sedang mencari praktikal di area Pulau Pinang @ kedah, dalam bidang Multimedia… praktikal akan bermula pada 7/11/11… Jika ada kekosongan harap dapat beritahu awal… TQ

  10. salam,mencari tempat praktikal,dalam bidang iT(progrmming) area ipoh..
    dengan secepat mungkin..:)

  11. saya nak cari tempat pratikal untuk photografer …URGENT ..kalau ape2 emel kat saye…

  12. mencari tempat praktikal disekitar melaka utk student degree in marketing..help me pls urgent tq

  13. assalamualaikum..saya perlukan tmpat praktikal..di sekitar kuala lumpur..tarikh start 19.12.2011 – 6.4.2012..tlg la ye..urgent nie!!!!!!..da anta 5-6 company msh lg x dpt…
    dlm bidang human resouces..

  14. mencari tempat praktikal
    tarikh : 19.12 – 4.6.2012
    cources : human resouces
    tempat yg dcari : sekitar kl
    URGENT

  15. salam.sy amalina student uitm melaka.ingin mencari tempat untuk latihan industri yang akan berjalan pada bulan februari sehingga bulan jun.ingin mencari temoat di melaka.mana2 syarikat yang ingin mengambil pelajar praktikal diharap dapat memeberi kerjasama.saya pelajar jurusan kewangan dan berharap sangat akan mendapat respon yang baik.segala maklumat bolehlah emel kepada saya….[email protected]…terima kasih

  16. as salam,,sy nk cri tempat prctical bg diploma mekanikal pemesinan am la..urgent sgt,,nk stat 09/jan/2012 nih…boleh tolg x?klo bleh area shah alam,pj or seri kembangan..tq,,

  17. Saya mencari student Degree Accounting yg ingin menjalani latihan practikal. Tempat di Kemaman, Terengganu. Keutamaan kepada orang Kemaman… pasal senang, tempat tinggal dah ada. Elaun akan diberikan, InyaAllah. Hanya satu kekosongan.

  18. Salam..saya student poli dungun ingin mencari tempat praktikal di sekitar kuala terengganu..
    pelajar diploma civil engineering..
    stat prktikal pada bulan 7 nie .. InsyaAllah..

  19. saya sedang mencari praktikal di area kuala lumpur/selangor dalam bidang kewangan atau pengurusan perniagaan. praktikal pd bulan 7 tahun ini… TQ,

  20. saya farah wahida pelajar dari POLIMAS kedah. ingin mencari tempat praktikal.
    pelajar DIPLOMA BUILDING SERVICES ENGINEERING.
    start praktikal 9 julai 2012

  21. saya sedang mencari tempat praktikal di kawasan pulau pinang..dr jun hingga september 2012.

  22. salam, saya mencari tempat praktikal di sekitar alor setar atau pulau pinang yang berkaitan dalam bidang multimedia. Mula start praktikal petengahan bulan 6- bulan 12, 2012. :)

  23. Salam,saya student ADTEC Melaka sdg mncri tmpt praktikal dlm bdg automotif.area shah alam or area selatan.Mula pd bln april-sept.sila bls or email.:)

  24. salam…saya memerlukan tempat untuk praktikal dalam teknologi komputer dan rangkain….dan memerlukannya segera …di area johor bharu, kluang,dan selangor ….harap ada peluang untuk bekerja terus..

  25. (sy mencari tempat praktikal dlm bidang sains komputer area ALOR STAR)

    Name : NUR IZZATI

    University : UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA, SHAH ALAM

    Degree : BACHELOR OF COMPUTER SCIENCE

    Duration Start : 1 AUGUST 2012

    Email :[email protected]

    Majoring :PROGRAMMING (C++, JAVA)

  26. sy mncari tmpt li,khusus sy manufacturing engineering,sy ambik kos bachelor of manufacturing engineering,sesiapa yg brminat mngambil sy sila email ky sy,trima kasih..

  27. saya pelajar universiti putra malaysia. Mengambil bidang pengurusan perniagaan. memerlukan tempat praktikal selama 2 bulan iaitu bermula 25 jun hingga 25 ogos 2012. tempat praktikal diperlukan segera. sila hubungi saya di no 019-3758853

  28. saya pelajar universiti malaysia sabah….ingin mencari tempat praktikal area

    terengganu…course kejuruteraan mekanikal…praktikal training : 25 jun 2012-2 sept 2012

    n0 tel: 0198031967

  29. saya pelajar institut latihan perindustrian ledang,johor.
    ingin mencari tempat latihan industri untuk course diploma teknologi maklumat rangkaian area shah alam. ….
    praktikal training : 2 julai 2012 – 28 dis 2012

  30. saya bidang sains fizik dari uitm jengka pahang sedang mencari tempat untuk praktikal sekitar kuala terengganu. tarikh praktikal july-sept 2012.

  31. Saya sedang mencari tmpat praktikal area alor star/pendang/langgar/Penang dlm bidang IT/computer sains.

    Degree:Netcentric Computing
    From:Universiti Teknologi Mara,Shah Alam.
    Duration:10/9/12-14/12/12
    Email:[email protected]

  32. sya memerlukan tempat praktikal di sekitar alor setar. saya pelajar bachelor (hons) in IT dari UiTM Perlis..saya mula praktikal bulan 3 2013..:)

  33. sy nk cari tempat li utk bln julai hgga nov dlm bidang komputer rangkaian..klu boleh disediakan tmpt tggl dan elaun

  34. saya mencari tempat praktikal dalam pengurusan di syarikat perkapalan di area selangor,
    mempunyai elaun dari 400 ke atas.
    saya akan bermula praktikal pada awal bulan 3 tahun 2013.
    DILPOMA IN MARITIME MANAGEMENT
    GPA dan CGPA 3.6above pada semester3.
    thanks ^^

  35. saya mencari tempat practicle di sekitar kl nii dalam bidang IT . .
    saya akan mula practicle 7 hari bulan nii . .
    DIP : Multemedia Creative .

TIPS & ULASAN