Carian
Opera 11 Beta Sedia Di Muat-Turun
November 23, 2010 Aman

Seperti yang diperkatakan semalam, Opera Software, pembangun disebalik pelayar web Opera telah pun melepaskan secara rasminya versi beta untuk pelayar web generasi akan datang mereka, iaitu Opera 11. Melalui versi beta ini, ianya membawakan pelbagai fungsi baru termasuk fungsi susun dan kumpulkan tab dengan cara yang menarik, selain sokongan extension dan sebagainya.

Melalui Opera 11 Beta ini, mereka membawakan tab visual ke tahap yang baru lagi, dimana kini mereka memperkenalkan fungsi menyusun dan mengumpulkan tab dengan mudah. Mungkin kadangkala anda terasa sedikit serabut dengan banyak tab yang terbuka pada pelayar web anda, dan dengan fungsi ini, ianya menjadikan pelayar web anda lebih tersusun dan tidak begitu serabut.

Selain daripada itu, Opera 11 Beta turut membawakan sokongan gesture tetikus, yang boleh diaktifkan apabila anda klik-kanan pada pelayar web anda, dan akan diperlihatkan dengan balasan visual. Pada masa yang sama, seperti sedia maklum, Opera 11 Beta turut membawakan sokongan extension, yang membolehkan anda mengubahsuai Opera 11 mengikut citarasa anda.

Opera 11 Beta kini boleh dimuat-turun secara percuma oleh para pengguna Windows, Mac dan juga Unix, dan mula menggunakan pelbagai fungsi menarik yang dibawakan olehnya. Buat masa ini, masih tidak diketahui lagi bila manakah versi akhirnya akan dilepaskan kepada umum.

Komen