Cari @ Amanz

Setelah kembali beroperasi pada minggu lepas, kini GengBlogger memperlihatkan penambahan sebuah bar pada bahagian atas laman, apabila para pengguna klik pada senarai artikel yang telah di ping pada GengBlogger, sekaligus membawakan pelbagai fungsi sosial terbina, termasuk perkongsian pada Facebook dan Twitter.


Bar Khas GengBlogger Di Bahagian Atas

Sebelum ini, GengBlogger tidak mengintegrasikan fungsi ini, dan hanya memperlihatkan terus laman artikel yang di ping itu tanpa sebarang tambahan. Kini, ianya diperlihatkan dibawah satu iframe baru, sekaligus, membawakan kebaikkan kepada kedua-dua pihak, dimana GengBlogger boleh mendapatkan sedikit publisiti, selain para penulis blog yang tidak perlu risau untuk menambah sebarang fungsi sosial, memandangkan ianya terbina melalui sebuah bar dibahagian atas laman.

Mungkin dengan pengenalan bar ini, beberapa fungsi lain akan turut diintegrasikan, berkemungkinan besar seperti StumbleUpon, sekaligus memudahkan para pengguna melayari blog yang lain dengan mudah sekali. Namun begitu, masih tiada sebarang pengumuman berkaitan dengannya daripada pihak pembangunnya buat masa ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd