Cari @ Amanz

Setelah sekian lama dinantikan, akhirnya kini HTC Malaysia telah pun mengumumkan yang mana mereka akan melancarkan dua lagi telefon pintar berasaskan Android daripada keluarga Desire, iaitu HTC Desire HD dan juga HTC Desire Z. Ianya akan dilancarkan secara rasminya di Malaysia pada hari Khamis ini.

Sebelum ini, ianya diperkatakan yang mana HTC Desire Z akan dijual oleh Maxis di Malaysia, namun begitu, sehingga kini masih tiada sebarang pendaftaran minat diperkenalkan oleh mereka. Selain daripada itu, sebelum ini Maxis telah pun memperkenalkan HTC Desire di Malaysia, dan berkemungkinan besar, salah satu telefon pintar daripada keluarga itu akan terus ditambah dibawah portfolio tawaran mereka. Namun begitu, masih tiada sebarang berita berkaitan dengannya.

Harga rasmi untuk HTC Desire Z dan HTC Desire HD juga tidak diketahui lagi buat masa ini. Namun, ianya dijangka berharga didalam lingkungan RM2500. Maklumat lanjut akan diketahui pada hari pelancarannya kelak, pada Khamis ini, 25 November.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd