Diaspora Di Lancarkan Dengan Alpha Tertutup

Diaspora Di Lancarkan Dengan Alpha Tertutup

Diterbitkan pada November 24, 2010 oleh .

Setelah sekian lama dinantikan, akhirnya mulai hari ini, pihak Diaspora telah pun mula menghantar jemputan pertama untuk menyertai laman sosial mereka yang masih lagi dalam versi alpha itu. Ianya dijangkakan yang mana mereka akan menjemput lebih ramai penguji dari minggu-ke-minggu bermula daripada penyokong mereka di KickStarter terlebih dahulu.


Antaramuka Laman Diaspora

Diaspora yang pada mulanya dimulakan dengan tujuan untuk melindungi privasi para pengguna apabila pelbagai masalah berkaitan dengan privasi di Facebook timbul, kini telah menjadi salah satu projek terkemuka yang ditunggu ramai. Melaluinya, ianya memberikan anda pilihan dan kuasa penuh ke atas data anda. Anda boleh mengawal sepenuhnya bagaimana data anda dikongsikan dan sebagainya. Pada masa yang sama, ianya juga mudah digunakan, dan tidak perlu bimbang ke atas privasi anda.

Memandangkan ianya masih lagi pada peringkat alpha, Diaspora belum lagi dibuka untuk pendaftaran sepenuhnya, sebaliknya, mereka mulakan servis mereka dengan kaedah jemputan, dimana para penyumbang di KickStarter akan mendapat akses awal, diikuti oleh para pengguna yang langgan laman web mereka, dan seterusnya akan diperluaskan kepada semua.


TIPS & ULASAN