HTC HD7 Di Lancarkan Di Malaysia

HTC HD7 Di Lancarkan Di Malaysia

Diterbitkan pada November 24, 2010 oleh .

Setelah ditunggu-tunggu, akhirnya Maxis bersama-sama dengan pihak HTC telah pun melancarkan perantian Windows Phone 7 pertama di Malaysia, iaitu HTC HD7, yang mana membawakan hiburan dan komunikasi pada perantian dengan skrin seluas 4.3″ itu.

Melalui HTC HD7, ianya membawakan beberapa fungsi baru yang menarik, termasuk skrin yang lebih besar dan juga kualiti bunyi yang mengagumkan. Kini, anda boleh menonton video kesukaan anda secara terus pada skrin seluas 4.3-inch. Selain daripada itu, menariknya, ianya juga turut sama didatangkan tempat sokongan untuk ianya didirikan, tanpa memerlukan anda memegangnya seperti dahulu. Bertambah menarik lagi, ianya diintegrasikan bersama-sama dengan Zune, yang memudahkan pengurusan sistem media anda, membolehkan anda memuat-turun dan sync fail dengan PC.

Pada masa yang sama HTC HD7 membawakan Windows Phone 7, iaitu sistem operasi generasi baru daripada Microsoft yang mengantikan Windows Mobile. HTC HD7 turut sama didatangkan dengan kamera 5-megapixel yang membolehkan anda merakam video dalam bentuk HD. Selain daripada itu, ianya turut sama membawakan sokongan fungsi lain yang biasa didapati pada telefon pintar yang lain, termasuk Bluetooth, WiFi dan lain-lain.

HTC HD7 ditawarkan di Malaysia oleh Maxis, dimana tanpa sebarang kontrak dan komitmen bulanan, anda boleh mendapatkannya pada harga RM2,399. Namun begitu, anda boleh mendapatkannya pada harga yang lebih murah dengan memilih samaada pakej 12 bulan atau 24 bulan yang didatangkan oleh Maxis, yang mana masing-masing berharga RM1699 dan RM1399.


TIPS & ULASAN