DiGi Menawarkan HTC Desire HD

DiGi Menawarkan HTC Desire HD

Diterbitkan pada November 25, 2010 oleh .

Seperti yang dinantikan, selepas pelancaran HTC HD7, pihak HTC Malaysia telah pun melancarkan ahli keluarga baru dibawah nama Desire, iaitu HTC Desire HD dan HTC Desire Z. Jikalau sebelum ini, ianya diura-urakan yang mana HTC Desire HD akan ke syarikat telko Maxis, hari ini, ianya disangkal apabila DiGi menjadi yang pertama menawarkan telefon pintar HTC Desire HD.

Bagi yang berminat untuk mendapatkan HTC Desire HD, anda boleh pra-daftar minat anda untuk membelinya yang mana didatangkan bersama-sama dengan DG Smart Plan pada kadar RM68 sebulan. Harga perantian HTC Desire HD yang ditawarkan oleh DiGi ini masih lagi tidak diketahui buat masa ini.


TIPS & ULASAN