Yes 4G Menawarkan 10GB Secara Percuma

Yes 4G Menawarkan 10GB Secara Percuma

Diterbitkan pada November 25, 2010 oleh .

Setelah menghadapi pelbagai masalah ketika pelancaran servis internet mereka, kini Yes 4G untuk memenangi kembali hati pengguna, mula menawarkan penggunaan data percuma sebanyak 10GB kepada para pengguna yang mendaftarkan diri mereka untuk Yes sebelum 19 Disember ini. Pada masa yang sama, tempoh pengaktifan para pengguna yang pra-daftar telah dilanjutkan sehingga 12 Disember ini.

Yes yang menghadapi pelbagai masalah ketika pelancaran, daripada ketidak-boleh mengakses laman mereka, selain menyalah-guna kempen pengiklanan, kini cuba untuk memenangi semula hati para pengguna dengan menawarkan data internet percuma sehingga 10 GB. Walaubagaimanapun, sekiranya anda membuat panggilan suara atau menghantar SMS, caj semasa akan dikenakan iaitu sebanyak 9 sen untuk seminit panggilan, atau satu SMS.

Buat masa ini, para pengguna yang telah mencuba rangkaian Yes mengatakan yang mana rangkaiannya masih lagi menawarkan kelajuan yang pantas daripada penyedia yang lain. Kami masih belum berkesempatan untuk mengujinya buat masa ini, dan akan membuat ulasan mengenainya jikalau berkesempatan.


TIPS & ULASAN