Cari @ Amanz

Sekianya semuanya berjalan lancar, Malaysia akan menghantar angkasawan yang kedua, yang mana tidak seperti sebelumnya, kali ini mereka akan menghantarnya untuk suatu tempoh yang lama, berkemungkinan besar untuk beberapa minggu ataupun beberapa bulan. Buat masa ini, perkara ini masih lagi dibincangkan.

Buat masa ini, Agensi Angkasa Kebangsaan masih lagi dalam perbincangan bersama beberapa badan untuk bekerjasama dalam membawa angkasawan negara kita yang kedua. Ianya dikatakan yang mana penghantaran angkasawan buat kali kedua ini akan memakan kos sehingga RM62.5 juta.

Sebelum ini, Datuk Dr Sheikh Muszaphar Shukor yang mana merupakan salah seorang doktor bedah ortopedik telah menjadi angkasawan Malaysia yang pertama ke angkasa, dimana beliau telah berlepas ke angkasa pada 10 oktober 2007 dengan menaiki Soyuz TMA-11. Beliau telah berada di angkasa selama 11 hari sebelum kembali ke bumi pada 21 Oktober 2007.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd